Fesyen dalam Islam?
Islam tidak pernah melarang kaum wanita untuk berfesyen. Tapi semestinyalah fesyen yang dipergayakan oleh kaum wanita seharusnya mengikut syarak.
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
HR Abu Dawud
Dalam Islam sudah nyata dan jelas bahawa aurat wanita adalah kecuali wajah dan telapak tangan. Justeru berfesyenlah dengan apa saja yang kita sukai selagi prinsip penitikberatkan aurat sudah nyata kita ikuti.
Apa jeliknya berpakaian dengan menutup aurat? Semanis-manis wanita adalah wanita yang menutup aurat. Keistimewaan dan kecantikan wanita adalah untuk tontonan suaminya. Apa istimewanya hadiah kalau tiada pembalutnya? Apa istimewanya wanita kalau menjadi tontonan semua manusia?
![]() |
| Oki Setiana Dewi, masih juga cantik berjilbab. |
Siapa cakap bertudung dan berjubah itu bisa menyembunyikan kecantikan dan kemanisan seorang wanita? Ramai yang berubah dari tak bertudung kepada bertudung. Tapi masih lagi kelihatan manis. Masih lagi bergaya. Bezanya, bergaya mengikut syarak atau bergaya melawan syarak.
Lihat saja Irma Hasmie, Aida Rahim serta Wardina Safiyah (sekadar menyebut beberapa nama). Dari tidak bertudung kepada bertudung dan menutup aurat. Mereka masih lagi cantik. Masih lagi anggun. Tidak perlu menayang body untuk menunjukkan kita cantik. Tak perlu berpakaian seksi untuk menunjukkan kita menarik.
Cantik dan menarik.Itu subjektif. Kalau ingin bergaya, biarlah mengikut syarak. Berjubah juga boleh bergaya. Berblouse, berskirt labuh. Masih lagi boleh bergaya. Cuma pastikan bergaya mengikut syariat. Setiap perbuatan, setiap perlakuan, setiap tingkah laku kita dihitung dan dihisab. Ada pahala ada dosa yang diratib dalam setiap perbuatan kita.
Apakah dunia dikejar akhirat dicampak maka neraka yang diraih? Atau dunia dan akhirat sama dikejar dan syurga digapai? Tepuk dada tanyalah iman.




No comments:
Post a Comment