its hurts.
but husnuzon is the best policy to be applied now.
forgive and forget.
try to change.
I myself had asked Allah to lead me the way.
HE show me the answer.
It's the time to change.
It has been years since we be a - friend - lovers - or what so ever can be mention is
I had figured it out for several times
But
Naah..
Just close the book.
Started a new life with a new chapters.
Allah.
Thank you.
Tuesday, February 5, 2013
Wednesday, January 11, 2012
Wanita Hari Ini - Fail Mahkamah : Saman FITNAH
I had a chance to watch Wanita Hari Ini airing on tv3 today. There is an interesting topic today : FAIL MAHKAMAH : Saman FITNAH.
These is the important things to take note on. FITNAH. By word or by articles, you might been charged kalau orang tu rasa pressure, tak puas hati. Jadi eloklah berjaga-jaga sebelum terkena. Bersihkan hati. Kalau ada yang tak puas hati, instead of sebarkan fitnah atau cuba nak sabotaj seseorang dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tak betul, lebih baik berdepan secara face to face.
Tak kiralah, kita ni professional, artis, a minister. Somehow, undang-undang itu adil. Justice is for everyone. Bila kita mengeluarkan sesuatu kenyataan atau sesuatu tuduhan, jadi bersedialah untuk menerima sebarang impak daripada apa yang telah kita keluarkan.
This is a thing to think of. Think before made an action.
Monday, January 9, 2012
i-nur shop
I had a chance to shop at i-nur shop.
Searching for a tudung.
At last had found my favourite tudung.
Selesa.
Bidang 60, tudung idaman hati.
I had grab few pieces of tudung.
Thursday, January 5, 2012
Fesyen dalam Islam - 2
Terkadang,
tak perlu banyak bercakap.
Tak perlu banyak menerangkan.
Cukup gambar menyampaikan mesej.
Fesyen dalam ISLAM.
Khas buat wanita.
renung-renungkan.
saya ISLAM. Awak?
Saya ISLAM. Awak?
Apa itu ISLAM?
Islam bermaksud sejahtera, berasal dari bahasa arab, salima dan Islam adalah agama fitrah yang menyuruh sesuai dengan fitrah manusia dan mempunyai hikmah disebalik suruhan dan larangan.
Kalau ISLAM itu adalah agama yang tunduk kepada Allah. Jadi soalannya apakah kita tunduk sepenuhnya kepada DIA? Mengerjakan setiap suruhannya. Kalau sekadar dikerjakan separuh-separuh. Apakah benar kita tunduk dan patuh pada kehendakNya?
Berpuasa tapi tidak solat. Bersolat tapi tidak menutup aurat. Bertudung tapi berpakaian ketat. Apakah itu tunduk dan patuh sepenuhnya kepada syariatNya? Mudah bibir berkata, saya masih Islam. Hidup dalam Islam. Tapi seandainya gaya hidup Islam yang diamalkan, kita tidak akan amalkan separuh-separuh. Kita akad cuba untuk mengerjakan semuanya. Sedaya mungkin.
Islam bukan satu permainan. Islam itu satu iktikad dalam kehidupan. Islam itu cara hidup. Islam meliputi segala-galanya. Dari sekecil-kecil aspek sehingga ke sebesar-besarnya.
Wednesday, January 4, 2012
Fesyen dalam Islam - 1
Fesyen dalam Islam?
Islam tidak pernah melarang kaum wanita untuk berfesyen. Tapi semestinyalah fesyen yang dipergayakan oleh kaum wanita seharusnya mengikut syarak.
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
HR Abu Dawud
Dalam Islam sudah nyata dan jelas bahawa aurat wanita adalah kecuali wajah dan telapak tangan. Justeru berfesyenlah dengan apa saja yang kita sukai selagi prinsip penitikberatkan aurat sudah nyata kita ikuti.
Apa jeliknya berpakaian dengan menutup aurat? Semanis-manis wanita adalah wanita yang menutup aurat. Keistimewaan dan kecantikan wanita adalah untuk tontonan suaminya. Apa istimewanya hadiah kalau tiada pembalutnya? Apa istimewanya wanita kalau menjadi tontonan semua manusia?
![]() |
| Oki Setiana Dewi, masih juga cantik berjilbab. |
Siapa cakap bertudung dan berjubah itu bisa menyembunyikan kecantikan dan kemanisan seorang wanita? Ramai yang berubah dari tak bertudung kepada bertudung. Tapi masih lagi kelihatan manis. Masih lagi bergaya. Bezanya, bergaya mengikut syarak atau bergaya melawan syarak.
Lihat saja Irma Hasmie, Aida Rahim serta Wardina Safiyah (sekadar menyebut beberapa nama). Dari tidak bertudung kepada bertudung dan menutup aurat. Mereka masih lagi cantik. Masih lagi anggun. Tidak perlu menayang body untuk menunjukkan kita cantik. Tak perlu berpakaian seksi untuk menunjukkan kita menarik.
Cantik dan menarik.Itu subjektif. Kalau ingin bergaya, biarlah mengikut syarak. Berjubah juga boleh bergaya. Berblouse, berskirt labuh. Masih lagi boleh bergaya. Cuma pastikan bergaya mengikut syariat. Setiap perbuatan, setiap perlakuan, setiap tingkah laku kita dihitung dan dihisab. Ada pahala ada dosa yang diratib dalam setiap perbuatan kita.
Apakah dunia dikejar akhirat dicampak maka neraka yang diraih? Atau dunia dan akhirat sama dikejar dan syurga digapai? Tepuk dada tanyalah iman.
Subscribe to:
Posts (Atom)








